Gaya Hidup Organik: 15 Sebab Kenapa Kita Perlu Makanan Organik

Usus dengan Najis Tersumbat
 Tahukah anda bahawa kita sebenarnya memasukkan racun ke dalam tubuh kita melalui makanan bertoksin? Semua kita masukkan toksin ini bermula dengan pengawet, pewarna tiruan, perasa tiruan, baja kimia, semburan racun perosak, antibiotik pada haiwan, klorin dalam air minum dan asap kenderaan dan rokok (maaf ya abang!). Sebelum kita mengidap penyakit kronik seperti kanser, tyroid, darah tinggi, lemah jantung dan sebagainya, bagaimana kita nak hindarkan toksin ini dari masuk ke dalam tubuh kita?

Di sini saya senaraikan 15 sebab mengapa kita perlu amalkan makan makanan organik yang bebas dari segala pencemaran yang saya nyatakan tadi

Usus bersih dengan amalkan organik


Lebih Kaya Dengan Nutrisi
Di dalam banyak kajian yang telah dijalankan oleh badan bebas membuktikan bahawa makanan organik lebih kaya nutrisi berbanding makanan tradisional. Kajian menunjukkan makanan organic lebih tinggi vitamin C, antioksidan, kalsium, besi, chromium dan magnesium.


Bebas Neurotoksin
Toksin boleh memusnahkan sel otak dan sel saraf. Organophosphates adalah racun perosak yang biasa digunakan dicipta semasa Perang Dunia Pertama. Apabila perang tamat, bahan ini digunakan untuk membunuh makhluk perosak.

Membantu Pembesaran Tubuh dan Otak Kanak-kanak
Perkembangan tubuh dan otak kanak-kanak mudah mengalami rencatan oleh toksin berbanding orang dewasa. Dengan memilih makanan organic dapat membantu pertumbuhan badan disamping mengelak pendedahan terhadap racun perosak dan organism yang telah diubah genetiknya.

Ia Adalah Makanan Sebenar, Bukan Dari Kilang Racun Perosak
18% dari biji benih yang telah diubah secara genetik akan mengeluarkan racunnya sendiri. Kajian menunjukkan biji benih ini akan terus mengeluarkan racun di dalam tubuh kita sebaik kita memakannya.

Pencemaran Racun Perosak
Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA) menganggarkan pencemaran racuk perosak merosakkan sumber air minuman bagi separuh penduduk Amerika. Perladangan organik adalah penyelesaian terbaik kepada masalah ini. Membeli makanan organic membantu mengurangkan pencemaran air.

Makanan Organik Membantu Dunia
Penanaman makanan organik pada skala kecil dapat menjadikan sesebuah keluarga perladangan bebas dan ceria.

Lebih Sedap
Kebanyakan makanan organik adalah lebih sedap berbanding yang ditanam secara komersil.

Sayuran dan Buah-buahan Tidak DiMasakkan Menggunakan Asap
Sesetengah buah-buahan tidak organik di’masak’ supaya cepat dituai (contohnya pisang). Kaedah ini memang akan mempercepatkan sayuran dan buah-buahan tersebut cepat ranum namun asap tersebut akan menyerap ke dalam sayuran dan akan memasukkan toksin ke dalam tanaman tersebut

Ladang Organik Adalah Selamat Kepada Pekerja Ladang
Kajian oleh Kajian Kesihatan Awam di Universiti Havard mendapati peningkatan 70 peratus yang mengidap Parkinson akibat pendedahan kepada racun perosak. Dengan perladangan organic, lebih ramai orang boleh bekerja tanpa perlu risau dihinggapi pelbagai penyakit kronik.

Makanan Organik Membantu Haiwan Liar
Walaupun dengan hanya racuk perosak biasa, haiwan liar tetap diancam dengan teruk.

Pengambilan Organik Boleh Mengurangkan Risiko Kanser
Agensi Perlindungan Persekitaran Ameri Syarikat (EPA) mengatakan 60% herbicides, 90% fungicides dan 30% insecticides berpotrensi menghudupkan kanser.

 Memakan Daging Organik
Memilih daging organik dapat mengurangkan pendedahan kepada antibiotik, hormone sintetik dan dadah. Cara penternakan organik dapat mengelakkan unsur-unsur tersebut dari masuk ke tubuh kita.

Makanan Organik Telah Diuji dan Dicuba
Sesetengah menganggarkan bahawa makanan yang telah diubah secara genetik masih lagi di dalam peringkat kajian. Elakkan diri dari menjadi sampel untuk mengujiduga makanan tersebut. Makanan organik telah terbukti semenjak zaman nenek moyang kita yang tak tahu menggunakan bahan pengawet, racun perosak, baja kimia dan sebagainya.

Makanan Organik Menyokong Kepelbagaian Biologi
Kepelbagaian adalah asas kepada kehidupan di planet ini. Makanan tak organik dan yang diubah genetiknya cenderung kepada penghasilan yang banyak, bersifat komersil dan hanya satu jenis saja dan melenyapkan kepelbagaian.

Michelle Schoffro Cook, MSc, RNCP, ROHP, DNM, PhD adalah doktor dan penulis terlaris, telah menulis 11 buah buku termasuk The Vitality Diet, Allergy-Proof, Arthritis-Proof, Total Body Detox, The Life Force Diet, The Ultimate pH Solution, The 4-weeks Ultimate Body Detox Plan dan Phytozyme Cure.


Rahsia Ingin Mendapatkan Umur Yang Panjang