Artis Hollywood Mengamalkan Gaya Hidup Organik

Oprah Winfrey
Oprah telah megadakan rally untuk hari Bumi 2008 dengan mengajak rakan-rakan selebriti ke rancangannya dan berkongsi tip hijau dan organiknya. Oprah sangat hebat sebagai seorang jurucakap kepada pergerakan organik. Oprah sentiasa menyebarluaskan berita tentang dan ilmu tentang organik di kalangan masyarakat.

Jessica Alba
Aktres Hollywood Jessica Alba hanya membenarkan anaknya Honor 2 tahun, memakan makanan organik.
Aktres berusia 29 tahun itu sangat komited kepada gaya hidup hijau dan organik dan tidak membenarkan anaknya serta suami Cash Warren mengambil sebarang makanan tidak sihat - laporan contactmusic.com.

'Saya sangat tegas dengan Honor. Dia sangat sihat dan mengikut jadual. Kami memakan organik, rumah kami kesemuanya berkonsepkan hijau, kami tidak membazir. Ianya lebih kepada menghijaukan apa yang boleh. Kami kitar semula, kami ada kereta hybrid, kami buat semua perkara macam tu', katanya.


Gwyneth Paltrow
Gwyn sangat menitikberatkan bentuk tubuh. Aktres ini mempunyai rahsia pemakanan: diet organik dan makrobiotik. Gwyn hanya memakan makanan 100% semulajadi. Tiada makanan berproses atau makanan dikisar, tiada daging, ikan, telur atau produk tenusu. Gwyne juga tidak akan memakan makanan yang bertukar disebabkan proses memasak. Gwyn hanya memakan buah-buahan, sayuran hijau, biji-bijian, bijirin dan alga.

Putera Charles
Putera Charles sememangnya telah mempunyai ladang organik bertahun lamanya. Putera Charles telah lama memuja kehidupan hijau dan menceritakan kehebatan kebun organiknya di dalam buku 'Unsur-unsur Berkebun Organik" yang menunjukkan ladang organik di mansionnya di Highgrove Estate. Putera Charles yakin bahawa adalah baik memperkayakan tanah istananya dengan kompos berbanding baja kimia dan mengumpul air hujan berbanding air paip.

Jane Seymour
Aktres Jane Seymour memulakan kebun organiknya kerana 2 sebab. Pertama produk organik baik untuk dimakan kerana tiada racun perosak. Kedua ia yakin rasa makanan organik lebih sedap. 'Saya rasa keajaibannya adalah bila kita melihat ia membesar, memetiknya dari tanah, membasuhnya dan memakannya', katanya kepada Energy Time.

Daryl Hannah
Aktres Daryl Hannah secara diam-diam mengamalkan gaya hidup organik berpuluh tahun lamanya. Daryl mengamalkan vegetarian sebelum menjadi aktres lagi, semenjak remaja. Daryl adalah lembaga pengarah kepada Ongoing Commitnet Award atas komitmennya terhdap tenaga solar, pertanian dan ladang organik, penderaan haiwan dan pemanduan kenderaan bio disel.

Julia Roberts

Aktres Julia Roberts mempunyai rumah di Taos, New Mexico, New York City dan Malibu California. Di Malibu Julia mempunyai menanam tanaman organik. Julia ingin anak-anaknya mengetahui makanan mereka datangnya dari mana.

Lucy Lawless
Pelakon filen Xena ini merupakan duta Keamanan bagi negara New Zealand. salah satu usaha untuk menarik perhatian pihak Keamanan adalah menukar 17000 ladangnya di New Zealand kepada ladang organik. Kitar semula adalah wajib baginya dan Lucy mengharamkan penggunaan cawan styrofoam.

Nicole Kidman
Aktres Nicole Kidman mengakui yang beliau mengikut berladang organik dengan keluarganya di Tennessee. Nicole mempunyai ladang organik di Australia. Nicole kini tinggal di dalam ladang organik dengan suaminya Keith Urban dan anak-anak perempuannya. Nicole menyatakan ia hanyak hobi dan tidak akan bertugas kepada perniagaan.

Jon Bon Jovi
Jon Bon Jovi membuka restoran makanan organik berkonsepkan 'makan apa yang anda boleh bayar'. Restoran Soul Kitchen Jon berharap untuk memberi keluarga berpendapatan rendah alternatif kepada makanan segera yang tidak berkhasiat. 'Kesemuanya adalah organik dan makanannya adalah Baik-Untuk-Anda', kata Jon. 'Saya sangat pandai membasuh pinggan tapi langsung tak tahu memasak', katanya lagi. Jon mengatakan 'Inilah tempat yang dibina berasaskan komuniti, oleh komuniti dan untuk komuniti'.

Sting
Sting dan isteri trudie Styler membuka kedai produk organik di Figline Valdarno. Dalam tahun 1997, Sting dan isterinya telah membeli villa II Palagio di Figline Valdano. Ladang tersebut mempunyai villa yang besar, hutan, ladang anggur, ladang zaitun dan sebuah ban yang diubah menjadi sebuah studio rakaman. Ladang 900 ekar Sting telah membuka sebuah kedai menjual hasil ladang organik, wain, minyak zaitun, madu dan salami.

Penyanyi Hollywood dan Organik.
Gwen Stefani, Usher, Sheryl Crow, Jessica Simpson dan Lenny Kravitz kesemuanya mengamalkan organik. Di zaman ini, selebriti amat menitik beratkan apa yang mereka masukkan ke dalam tubuh dan ingin suara mereka didengari terutama di dalam isu pemanasan global. 'Habitat bertukar dengan cuaca dan banyak spisis yang akan pupus', kata Jorja Fox dari drama CSI semasa melakukan kerja amal untuk Union Concern Scientists.

Christian Slater 
Christ  juga memakan makanan organik dan berbangga membawa makanan organik di pasaraya. Christ sedar akan alam semulajadi selepas kelahiran anaknya.

Penyanyi Olivia Newton-John dan Kelly Preston - isteri kepada John Travolta patut dipuji atas dedikasi kepada isu alam sekitar dan kesan kepada kanak-kanak. Keduanya menjadi hos rancangan Not Under My Roof: Protecting Your Baby From Toxin at Home untuk Suruhanjaya Kesihatan Persekitaran Kanak-Kanak. Kelly Preston dan John Travolta adalah peminat dan pengamal tegar makanan organik dan berjuang untuk isu-isu alam sekitar.

Angelina Jolie menekankan pengambilan makanan organik, untuk penurunan berat badan anaknya Shiloh.

Elizabeth Hurley, merupakan penyokong kuat kepada Breast Cancer Research Foundation telah membangunkan barisan produk organik rendah lemak di ladang bio-dinamiknya di Britain.

Artikel lain