Kelebihan Terapi Berpuasa Organik

Berpuasa adalah proses ketiadaan makanan masuk ke dalam tubuh kita. Ia adalah kaedah kuno dalam pemulihan sistem dalaman. Dalam Islam pula, berpuasa sebulan Ramadhan adalah penyucian hati terhadap Ilahi bagi menuju martabat yang lebih tinggi dan pada masa yang sama merehatkan sistem tubuh dari bekerja sepanjang tahun. Di samping itu ada pula puasa-puasa sunat yang boleh diamalkan bagi meningkatkan lagi iman.


Rahsia sebenar berpuasa dalam teori pemulihan semulajadi, tubuh kita mempunyai keupayaan penyembuhan semulajadi. Hanya dengan meyakini tubuh kita boleh menyembuhkan penyakit, tubuh kita akan menghasilkan endorphins dan keyakinan sembuh muncul dalam peti minda kita.


Makanan harian kita mengandungi toksin dan pengumpulan ini telah berlaku bertahun-tahun lamanya. Toksin terkumpul membebankan tubuh kita, membuatkan tubuh bekerja lebih masa, kerja melampaui kemampuannya dan menghadkan keupayaan penyembuhan semulajadi tadi. Dalam keadaan ini, berpuasa adalah jawapan paling tepat untuk mengeluarkan toksin yang terdapat di dalam sel-sel kita, tisu dan organ. Bila kita telah menyahtoksin, tubuh kita akan kembali 'remaja' dan kesihatan meningkat.


Nyahtoksin akan menyembuhkan tubuh. Tubuh yang siap dirawat akan menjadikan kita lebih produktif dan lebih sihat. Ramai orang berpuasa atas pelbagai sebab:
a. keagamaan
b. pemulihan dari sesuatu penagihan samada makanan atau penyalahgunaan barang terlarang
c. penurunan berat badan
d. protes samada sosial atau politik


Mengamalkan terapi puasa organik akan mempercepatkan lagi proses nyahtoksin. Dengan hanya pengambilan makanan organik, ia akan menyingkir dan mengkumuhkan toksin yang terdapat di dalam sel, organ dan sistem pencernaan kita. Tiada sebarang toksin tambahan masuk ke sistem tubuh dan proses pemulihan serta pembersihan akan dapat dilakukan semaksima mungkin.


Sebagai pemulaan, makanlah makanan organik Melila mengikut sukatan seperti yang dinyatakan DISINI.
Setelah hari ke sepuluh, bersedialah untuk melakukan terapi organik. Pilih salah satu hari di dalam minggu tersebut untuk berpuasa.


Amalkan setiap waktu makan dengan sukatan berikut:
1 skup Melilea Greenfield Organic
2 skup Melilea Organic Drink
1 skup Melilea Apple Orchard
Bancuh dengan 300ml air bersuhu bilik/normal


Amalkan untuk sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.
Untuk makan malam, pastikan sebelum jam 9.00 malam.


Sekiranya lapar diantara waktu tersebut, boleh dibancuh lagi dengan sukatan berikut:
1/2 skup Melilea Greenfield Organic
1 Skup Melilea Organic Drink
1 skup Melilea Apple Orchard
Bancuh dengan 200ml air suhu bilik


Sekiranya ingin memakan makanan lain, makanlah makanan berserat tinggi seperti buah jambu batu atau epal hijau.


Bagi ibu selepas bersalin, yang ingin menyembuhkan luka dalaman dengan cepat, boleh diamalkan terapi berpuasa ini cuma buatkan bancuhan sedikit suam. Caranya:


Masukkan 200ml air suhu bilik ke dalam bekas bancuhan
masukkan sukatan yang dinyatakan di atas tadi
Kocakkan
Masukkan air suam ke dalam bancuhan
Kocak sekali lagi
Terus minum


makanan organik yang hangat akan membuatkan perut berasa selesa.