Gaya Hidup Organik: Masyarakat Panjang Umur Di Dunia - Sardinia, Itali

Sardinia adalah salah sebuah kepulauan di Mediterranean yang mendapat nama dari perkataan 'sardine' atau 'sardonic', merujuk kepada ikan sardin yang sangat popular di sini. Di sini perkataan terkenal adalah Akea atau akent'annos yang bermakna 'semoga anda hidup hingga 100 tahun'. Ia bukan satu gurauan kerana di Sardinia ramai yang berusia hingga 100 tahun dan kesihatan mereka sangat optimun berbanding dengan warga yang lain.


Kisah umur panjang ini bermula di kawasan pergunungan Barbagia dan Semenanjung Nuoro di mana penduduk Sardinia melarikan diri dari puak Barbarian di zaman Rome dan mengasingkan diri dari pengaruh luar. Di sini anda akan dapati mereka di umur 70an - 80an mengembala kambing dicelah-celah gunung yang tinggi dan curam.


Kajian Akea yang ditaja oleh National Institute of Aging dalam tahun 2004 mendapati 19 mereka yang berusia melebihi 100 tahun setiap 100,000 penduduk di Nuoro. Ia kurang dari kadar di Okinawa yang mencatat 34 dari 100,000. Kajian juga mendapati kaum wanita mampu lebih panjang dari lelaki.


Kajian mendapati penduduk di sini mempunyai sel darah merah yang lebih kecil yang mana mampu mencegah malaria dan mengelak penyumbatan darah. Secara tradisi, lelaki kebanyakkan adalah pengembala memandangkan permukaan pergunungan yang tidak boleh menjalankan aktiviti pertanian lain.


Sardinia tidak mempunyai genetik yang boleh melindung dari penyakit kroik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser. Oleh itu ketahanan dari penyakit adalah sepenuhnya disebabkan persekitaran. Bagi lelaki, panjang umur mereka adalah disebabkan aktiviti fizikal, kehidupan yang kurang stress, beriadah di tengah-tengah cahaya matahari dan udara segar, satu kaedah untuk mengurangkan penyakit jantung. Wanita Sardinia pula kerap kedengaran merungut melakukan kerja-kerja harian dan kerja rumah sementara para lelakinya pula lebih gemar bersiar dan kerap juga tidur dengan alam semulajadi.

Hubungan kekeluargaan sangat rapat, mengambil berat pada yang tua dan menghormati antara satu sama lain. Mereka gemar berterus terang dan ini membuatkan mereka kurang stress dan tekanan darah tidak tinggi.


Apakah Yang Dimakan Oleh Penduduk Sardinia


Makanan yang dimakan adalah berasaskan sayur-sayuran, organik, tidak mengambil makanan segera, bebas pengawet atau sesuatu yang di bawa masuk dari luar. Amalan pemakanan berasaskan sayur-sayuran, kekacang, bijirin dan sedikit keju dan sedikit daging tanpa lemak.


Mereka selalu berkata, 'masakan yang ringkas membuatkan rumah kita hebat'. Makanannya sangat sederhana tetapi mengandungi bahan-bahan yang berkualiti dan rasa yang sangat sedap.


Sayur-sayuran organik ditanam sendiri di mana-mana saja samada di padang atau di kebun. Setiap isi rumah menanam apa saja dan bertukar-tukar tanaman dengan jiran jika meeka inginkan kepelbagaian. Terung, kekacang, kacang hijau, bawang merah, bawang putih, zucchini, artichokes, ubi kayu, zaitun dan herba seperti pasli sentiasa menjadi menu utama. Sayur dimakan dengan sos, salad, sup dengan pasta atau daging.


Mereka menanam anggur yang mengandungi antioksidan tinggi dan cahaya matahari yang memberi mereka pigmen merah pada kulit. Mereka membuat roti dan pasta sendiri dari tepung gandum. Roti dibuat dengan cara tradisional. Roti Pistoccu diperbuat daripada barli, tepung dan kentang, sementara carta da musica, roti garing senipis kerta sangat disukai oleh pengembala kerana ia boleh tahan lama.


penduduk Sardinia tidak makan banyak ikan. Mereka akan memakan ikan bottarga, ikan yang disalai di bawah cahaya matahari yang dimakan sebagi lauk pasta atau dipotong nipis untuk dimakan. Ikan sardin segar dimasak bersama bawang putih, tomato, zaitun, pasli an minyak zaitun.


Mereka kerap memakan kacang, walnut, badam dari pokok kacang mereka sendiri yang dipanjat untuk memetiknya.


Susu tidak dipastur dan lebih mudah dihadam sementara keju pula ditapai dengan bakteria bagus.


Mereka meminum air dari air sungai pergunungan. Mereka mengambil madu untuk memaniskan makanan seperti sebadas, pembuka selera keju dan madu yang digoreng di dalam envelop pastri.

Sila klik untuk artikel lain
Masyarakat panjang umur di lain-lain negara
Artis Hollywood yang mengamalkan organik