Gaya Hidup Organik: Berita Organik

Oleh Teresa Ellera-Dulla
Selasa 27 Disember 2011

Festival Peladang Organik 6 Kepulauan Negro yang diadakan dari 16 - 20 Disember di Provincial Capitol Ground di Bacolod City, Filipina merupakan satu kejayaan besar dengan penyertaan seramai 4,503 peserta berdaftar.

Menurut penganjur, ini adalah penyertaan terbesar setakat ini semenjak ianya bermula tahun 2006. Ini tidak termasuk peserta yang tidak berdaftar dan pelanggan ‘walk-in’.

Sebanyak 117 gerai jualan dan pameran barangan dan hasil keluaran organik yang mencatatkan jualan sebanyak P2,056,000 sementara P40,000 diperolehi dari sewaan ruang pameran.

Seramai 2,000 peserta, kebanyakannya petani, menyertai pelbagai symposium teknologi pertanian organic, pengurusan sisa pepejal, polisi awam pertanian organik, rangkaian pasaran, kesihatan dan kesejahteraan.

Aktiviti yang menarik minat banyak pihak adalah penyertaan oleh 26 chef restoran hebat di dalam Pesta Masakan yang menunjukkan pelbagai cara masakan makanan dan minuman organik.

Menurut penganjur, demonstrasi memasak telah disaksikan oleh 300 hadirin. Pertandingan masakan organik  juga dibuka kepada bakat besar tukang masak muda dan mendapat sambutan positif.