Gaya Hidup Organik: Untuk sihat dan Kelihatan Cantik Dengan Organik

Salam.


Cara Bercucuk Tanam DAhulu Kala
Ini adalah pengalaman saya sendiri di dalam mengamalkan pemakanan organik. Pada 15 Disember 2011 ini, genaplah 3 tahun saya mengamalkan gaya hidup organik. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana dapat mengenali makanan organik ini yang bagi saya, adalah satu anugerah Allah S.W.T yang telah lama kita tinggalkan. Kenapa saya kata begitu? Inilah kaedah penanaman datuk nenek moyang kita dulu. Inilah yang diamalkan oleh generasi beribu-ribu tahun dahulu.


Semburan Racun Perosak
Di zaman dahulu, ketika bermulanya tamadun, manusia telah mula menggunakan tanah sebagai sumber makanan dan kehidupan. Datuk nenek kita mula bercucuk tanam secara persendirian dan kecil-kecilan. bak kata pepatah, kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang. Tetapi apa yang menariknya, semua yang ditanam akan dijaga ketulinan dan kebersihannya. Dijaga dari sebarang pencemaran dan dibelai setiap waktu. Datuk nenek kita dulu akan mengamuk sekiranya tanam-tanamannya di racun, disimbah bahan buangan atau dinajisi oleh haiwan ternaknya sendiri. Apa taknya, dia nak makan anak beranak, datang orang mengotorkan tanaman dia. Pantang tok nenek aku, katanya!


Ladang Lembu Komersil
Begitu juga dengan haiwan ternak. Datuk nenek moyang kita dulu akan menatang haiwannya bagi minyak yang penuh. Dijaga, diberi makan rumput atau dedak yang terbaik, dibiar bebas kemana saja nak pergi, makan minum dijaga setiap hari. Kengkadang diajak haiwannya itu berborak-borak. katanya, nak bagi haiwannya lagi sihat, tak stress dan bagi banyak keluar susu atau telur. Silap-silap dimandikan setiap hari. Kerana apa? Datuk nenek moyang kita dulu inginkan hasil ternak yang betul-betul berkeadaan terbaik, untuk diambil susunya atau dagingnya. Untuk dimakan oleh sekeluarganya dan masyarakat kampung. Datuk nenek moyang kita akan marah jika ada sesiapa menyakiti haiwan ternaknya, memukul atau menyiksa haiwannya, atau sesiapa yang memberi makan makanan beracun atau memudaratkan haiwannya. Pantang tok nenek aku, katanya lagi!


Ladang Lembu Organik
Tetapi kini zaman dah jauh berubah. Kita semakin sibuk dengan urusan kehidupan. Makanan kita disediakan oleh orang lain. Daging yang kita makan disediakan oleh orang yang langsung kita tak kenal. Sayur-sayuran yang kita makan ditanam, dituai dan dibawa ke pasar oleh orang yang langsung kita tak tahu asal usulnya. Kita langsung tak ada kuasa cara macamana ianya ditanam, apa yang ditambah, apa yang dimasukkan dan apa yang diberikan kepada sayuran dan haiwan ternak yang kita makan. Kita langsung tak peduli samada bahan tersebut baik, membahayakan atau memudaratkan kita. Kita langsung tak kisah samada si pengeluar menjaga kebersihan penyediaan atau tidak. Janji rasanya sedap, mengenyangkan dan anak kita happy, kita pun sama happy. Kita tak sedar yang kita sendiri sebenarnya membahayakan diri dan anak-anak kita dengan memakan makanan yang dimasukkan pelbagai bahan yang hanya mementingkan komersil si pengeluar tanpa memikirkan bahaya yang diterima oleh kita sebagai pengguna terakhir. Dan yang paling parah sekali ialah kita memasukkan bahan tersebut terus ke dalam tubuh kita dan anak-anak kita. Fikirkanlah!


Ladang Organik Bebas Pencemaran
Selama 3 tahun kami mengamalkan pemakanan organik, dan anak saya adalah yang paling fanatik. Anak saya Huda, baru berusia 16 tahun tetapi cukup terperinci di dalam hal makanan. Setiap bulan dia akan lakukan terapi berpuasa organik seminggu ke dua minggu. Katanya nak cleanse dalaman Huda ni lah, ayah! Dia yang dulu sembuh dari ulser perut, 2 minggu di wad hospital dan 2 bulan tidak bersekolah. Sebabnya ialah dia mengalami keracunan makanan di asrama. Akibatnya, kami keluarkan dia dari asrama penuh tempat dia terima penyakit dan kebetulan diet yang dicadangkan oleh doktor adalah susu soya. Akhirnya kami bertemu dengan susu soya organik Melilea dan bersebab dari kejadian itulah, maka kami menjadi pengamal pemakanan organik.


Makanan organik ini bukanlah ubat, tetapi makanan ruji yang mengenyangkan serta memberi khasiat menyeluruh kepada tubuh badan kita. banyak kumpulan masyarakat di dunia yang mengamalkannya. Sebagai contoh para selebriti di Hollywood, bangsa Jepun di Okinawa, bangsa British di Montacute, England, bangsa Itali di Sardinia dan banyak lagi. Itu tak masuk lagi bangsa Jepun yang satu lagi di Yuzurihara, mereka banyak makan hasil dari ubi yang banyak menghasilkan asid hyaluronik, asid yang disahkan oleh makmal mampu mengekalkan keremajaan dalaman. Kenapa bangsa kita tidak bertukar kepada makanan organik sedangkan masyarakat lain telah 10 tahun di Malaysia dan 40 tahun di seluruh dunia mengenali makanan ini dan tiada siapa yang menyebarluaskan di kalangan bangsa kita. Memang benar bangsa kita ada pelbagai keluaran produk orang kampung atau makanan pra campuran dan sebagainya, tetapi itu semua adalah suplement atau makanan tambahan. Kita masih tetap juga perlukan makanan ruji untuk kenyang. Di sinilah kita kekurang satu perkara berbanding bangsa lain. Makanan ruji! 


Sayur Organik Di Makan Terus dari Pokok
Jadi saya mengajak saudara semua untuk menukar kepada makanan ruji organik. Ia menyembuhkan, menyihatkan, memberi tenaga dan mencantikan. Semua di dalam satu. Mari kita elakkan atau kurangkan  makanan fast food, junk food, jajan atau apa saja istilah yang diberikan tetapi maksudnya tetap sama terutamanya kepada anak-anak kita. Di Chicago, terdapat sebuah sekolah telah menguatkuasakan makan tengaharinya mestilah makanan organik. Inilah tindakan yang dilakukan oleh masyarakat yang sedar akan bahaya makanan komersil di pasaran. Saya menyebarluaskan pemakanan organik ini dengan harapan semoga kita akan mendapat manfaat darinya sebagaimana yang telah dimiliki oleh bangsa-bangsa lain di seluruh dunia.


Dengan produk kecantikan dalaman dan luaran Melilea International ini, kita seolah-olah boleh mengubah tubuh dan wajah kita mengikut majlis atau acara. Bukan nak mengubah kejadian Tuhan, nauzubillah. Tetapi lebih kepada penjagaan diri dan senaman muka mengikut kehendak kita.


Sebagai contoh pada diri saya sendiri. Sekiranya pada hari Sabtu atau Ahad mempunyai acara yang memerlukan saya membuat ucapan awam atau pembentangan kertas kerja, saya akan berpuasa terapi organik bermula dari Isnin, setiap hari sehingga hari acara tersebut. Dengan berterapi organik selama 5 - 6 hari, tanpa memakan lain-lain makanan tetapi hanya organik, anda akan mendapat kulit tubuh badan yang paling cerah, paling segar dan paling bertenaga. Tubuh kita paling kurang lemak dan paling cergas untuk menjayakan apa-apa jua majlis.


Disamping itu, dengan produk Advance Toning System, anda boleh melakukan senaman muka setiap hari sehingga hari majlis. Dengan melakukan senaman muka 5 - 6 hari, anda akan mendapat wajah yang paling cerah, kemerah-merahan, kulit wajah paling anjal dan berbentuk V, tidak menggelebeh atau berkedut. Inilah kelebihan produk kecantikan dalaman dan luaran Melilea International.




Zul
Kuala Lumpur