Sakit Urat Belikat

Kebanyakan daripada kita sudah pasti pernah mengalami sakit urat belikat.
Iliocostalis Thoracis adalah otot
bertanda di atas
sakit urat belikat ini melibatkan bahagian otot yang dipanggil Ilicostalis Thoracis yang mana ia menjajar dari bahu di belakang hinggalah ke bawah pinggang.

Punca kesakitan ini adalah disebabkan beberapa perkara:

a. membengkokkan badan dan berpusing
b. ketegangan apabila mengangkat benda yang berat
c. duduk terlalu lama samada di meja komputer atau di tempat kerja
d. duduk lama di dalam kereta atau di dalam pesawat

Apabila mengalami kesakitan ini, kita kerap akan berasa:
a. sakit pada belakang bahu bersebelahan dalam tulang belikat
b. Sakit hingga ke pinggang
c. Sakit bila bernafas
d. Sakit hingga ke hujung jari
e. Paling teruk, tidak boleh bangun
f. Sakit pada bahagian atas abdomen

Ada banyak cara untuk merawat kesakitan ini antaranya yang banyak dilakukan adalah:

a. menggunakan koyok plaster samada Salonpas atau Yoko-Yoko. Lekatkan semalaman dan buka apabila waktu pagi
b. Menggunakan air panas dan gunakan tuala untuk menuamkan bahagian yang sakit
c. Menggunakan air batu di dalam plastik dan tuamkan di bahagian yang sakit
d. Berjumpa tukang urut yang tahu masalah urat belikat. Harus hati-hati kerana berkemungkinan urat semakin tenggelam.

Kaedah Yang Paling Cepat

Urat belikat kiri
Menarik keluar urat belikat yang tenggelam tersebut. Dengan kaedah yang mudah, anda akan dapat menarik keluar urat belikat tersebut. Namun begitu, sekiranya anda tidak yakin, dapatkan tukang urut yang mahir untuk menariknya.

Caranya adalah:

a. Jika urat belikat kiri yang terbenam, tangan
   kanan yang akan digunakan. Tarik bahu kiri pesakit
   ke belakang sedikit, Buatkan tangan kanan anda seperti
   yang ditunjukkan.
b. Dengan tangan kanan, cuba menyusuri urat ini dari bawah
   ke atas.
Tangan kanan untuk
menarik urat sebelah
kiri
c. Tekan kuat sedikit dan cuba menarik otot tersebut.
d. Jangan dilakukan dengan tergesa-gesa dan jangan terlalu kuat. Tarik perlahan-lahan.
e. Jika anda dah dapat urat belikat tersebut, tarik yang
   di atasnya pula, seperti menarik akar pokok besar yang
   menjalar.
f. Tarik sehingga yang teratas.
g. Pesakit akan berasa sangat lega. 

Untuk urat di sebelah kanan, anda perlu menggunakan

tangan kiri untuk menarik keluar urat belikat pesakit.


Gunakan tangan kiri
untuk menarik urat
belikat kanan
a. Tarik bahu kanan pesakit hingga ke belakang
    sedikit.
b. Dengan tangn kiri, cuba menyusuri urat ini dari
   bawah hingga ke atas.
Urat belikat kanan
c. Tekan kuat sedikit pada bahagian antara tulang
 belikat kanan dan tulang belakang.

d. Lakukan seperti yang dinyatakan di atas.





Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah urat belikat, bolehlah hubungi Zull di talian 016 2161729. Kepada yang wanita, isteri saya yang akan membantu menarikkan urat belikat anda.


Selamat mencuba!